Akal merupakan anugerah Allah kepada manusia utk digunakan agar mampu melihat kebijaksanaan dan keagungan Allah.
Dalam islam, akal merupakan tempat jatuhnya taklifan sebab itu orang gila tidak dikenakan taklifan, bahkan orang yg hilang akal disebabkan tidur atau lupa dimaafkan. Malah kanak-kanak yang belum baligh juga tidak dibebani dengan tanggungan dosa pahala.
Nabi SAW bersabda yang maksudnya : "Diangkat qalam (taklifan) dari umatku tiga golongan : yang tidur sehingga terjaga, yang gila sehingga tersedar dan kanak-kanak sehingga baligh."
Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yanv maksudnya : "Sesungguhnya Allah mengampuni ke atas umatku akan perkara tersilap, lupa dan apa yang dipaksa ke atasnya"
Namun akal bukanlah raja ke atas kehidupan manusia. Akal hanya bekas untuk mengisi ilmu bagi menjana iman kepada Allah, sebab itu ilmu adalah suatu kewajipan kerana akal yang tiada ilmu umpama pokok yang layu.
Allah berfirman dalam surah Fathir yg maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling takut akan Allah di kalangan hambaNya ialah ulama"
Ayat di atas adalah umum yang menerangkan ilmu adalah alat untuk membuka hijab yang menutup manusia dari mengenali Allah. Dengan ilmu manusia akan nampak keagungan Allah.
Itulah yang sebenar kerana hakikat ilmu ialah menjadikan manusia kenal Allah. Semakin berilmu namun semakin jauh dari Allah maka itu bukan hakikat sebenar berilmu malah ia telah ditipu oleh syaitan.
Justeru akal mesti dipelihara dengan :
1- menambah ilmu khususnya ilmu agama
2- memerhatikan ciptaan makhluk yang dijadikan oleh Allah
3- bertafakur memikirkan hikmah bg setiap kejadian
Amat malang akal yang ada menjauhkan manusia dari Allah. maka tambahlah ilmu bukan untuk kekenyangan perut semata-mata namun ilmu lebih hampir kepada Allah.
Usrah whatsapp
20 november 2014
Muhamad Zuhaili Saiman
No comments:
Post a Comment