Pages

Wednesday, May 20

Tazkirah Pagi Tanda-tanda Ketewasan Jiwa

Tazkirah Pagi Tanda-tanda Ketewasan Jiwa 

Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras,apabila cahaya hati manusia telah padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama ke dalam dirinya,kerana syaitan itu meresap di dalam diri anak adam sebagaimana pengaliran darah di dalam tubuhnya.

Sebenarnya apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa kepada Allah."
(Surah Al-Mujadilah 58: Ayat 19)   

(Fathi Yakan - Apa Ertinya Saya Menganut Islam)

No comments: